Cheick Modibo Diarra
Cheick Modibo Diarra

Cheick Modibo Diarra

Cheick Modibo Diarra (lahir 1952) ialah seorang ahli astrofizik, ahli perniagaan dan ahli politik Mali yang menjadi pemangku Perdana Menteri dari April hingga Disember 2012.Cheick Modibo Diarra dilantik sebagai Perdana Menteri Mali sementara pada 17 April 2012 bagi mengembalikan pemerintahan awam selepas rampasan kuasa pada bulan Mac.[1] Selain kementerian pertahanan, keselamatan dalam negeri dan pentadbiran wilayah, kabinetnya terdiri daripada teknokrat. Tiga jawatan itu disandang pegawai yang mempunyai hubungan dengan tentera.[2]Pada 11 Disember 2012, Diarra meletak jawatan dalam satu siaran televisyen pada 4 a.m. waktu tempatan, beberapa jam selepas askar-askar yang menyertai rampasan kuasa Mali 2012 menahan beliau di rumahnya di Bamako.[3]